FIKIR SECARA BIJAK. PLAN SEKARANG. SELESA KEMUDIAN

Sunday, October 30, 2011

46 PENYAKIT KRITIKAL

MAA Takaful menyediakan pelan perlindungan 46 penyakit kritikal / kronik. Ia bukan bermaksud melindungi daripada terkena, tetapi tabungan bantuan kewangan untuk rawatan sekiranya terkena penyakit tersebut. Seperti juga tabung khairat kematian yang dilaksanakan di kampung-kampung dan taman-taman. Tabung itu bukan mengelak dari kematian. Mati tetap mati. Ia sebagai bantuan kewangan sekiranya ditimpa musibah.

Kita sedia maklum, kos rawatan bagi penyakit-penyakit tersebut amat tinggi. Ramainya terbiar sakit begitu sahaja kerana ketiadaan yang untuk membiayai kos rawatan. Kebanyakan orang apabila mencecah usia setengah abad, akan mula dihinggapi beberapa penyakit kronik tersebut. Adakah kita akan menggunakan wang simpanan kita selama ini yang pada awalnya bertujuan persaraan. Alangkah baiknya sekiranya kita mempunyai tabungan lain yang boleh digunakan untuk rawatan penyakit tersebut.

Selepas ini saya akan membincangkan tentang jenis-jenis penyakit kritikal atau kronik tersebut satu persatu. Saya bukan doktor. Cuma saya himpunkan maklumat yang ada di merata tempat dan di sebarkan melalui blog saya. Semoga ia memberi manafaat untuk kita, InsyaAllah. Kalau ada kesilapan, apa jua kesilapan, perbetulkan saya. Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment