FIKIR SECARA BIJAK. PLAN SEKARANG. SELESA KEMUDIAN

Tuesday, October 11, 2011

23,420 pesakit kronik buah pinggang

KUALA LUMPUR - Jumlah pesakit kronik buah pinggang di negara ini yang menjalani rawatan dialisis meningkat sebanyak 56.7 peratus daripada 14,946 orang pada 2006 kepada 23,420 pesakit pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sepanjang tahun lepas, pesakit kegagalan buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara merangkumi 7,115 orang yang dirawat di pusat dialisis sektor awam.

Sementara 9,813 orang di pusat dialisis swasta dan 6,492 di pusat dialisis pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya semasa menjawab soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Rosnah berkata, terdapat 181 pusat dialisis sektor awam, 297 pusat dialisis swasta dan 140 pusat dialisis NGO di seluruh negara pada tahun lepas, sementara di Pulau Pinang pula terdapat 10 pusat dialisis sektor awam, 27 pusat dialisis swasta dan 20 pusat dialisis NGO.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan geran berkapita kepada NGO untuk pembelian mesin hemodialisis dan rawatan perubatan dengan bantuan maksimum RM338,500 sejak 2001.

Selain itu, kerajaan juga menyalurkan subsidi rawatan dialisis bernilai RM171.1 juta bagi tempoh 10 tahun kepada NGO untuk dikhususkan kepada pesakit kurang mampu, yang membabitkan seramai 3,346 pesakit yang kini mendapat rawatan di 58 pusat dialisis NGO. - Bernama

No comments:

Post a Comment