
Apa tindakan anda sekiranya anda mengetahui dan menemui anak anda yang masih bersekolah merokok. Mungkin anda akan menghukum dengan kadaran yang berpatutan seperti penerangan, amaran, rotan dan sebagainya.
Bagaimana pula jika anda terserempak dengan anak orang lain merokok. Tentu anda biasa jumpa kan. Sekarang ini budak-budak sekolah, dengan pakaian sekolah tanpa segan-silu merokok depan kita. Terbakar rasa hati, tetapi tak tahu apa tindakan patut dibuat.
Nak tegur, takut dia mark nya kita dan di mana kita tinggal. Sesuatu pembalasan buruk mungkin akan berlaku ke atas diri kita, keluarga atau harta-benda kita. Kalau dibiarkan, naik lemak la budak-budak ni. Nak report polis, polis pun dah tak terlayan dah kes kecil-kecil macam ni. Nak report guru besar, mereka berada di luar kawasan sekoah yang menjadi tanggung jawab pengetua / guru besar.
Kerajaan dah buat peraturan iaitu budak bawah umur tidak dibenarkan membeli rokok. Harga rokok dinaikkkan sehingga sekarang ni sekotak dah RM10.00 (sorry saya tak tahu harga sebenar sbb dah lama tinggalkan tabiat ini). Jualan rokok secara sebatang-sebatang juga dibuat. Ini untuk mencegah murid-murid sekolah dari membeli rokok. Tetapi mereka dapat juga rokok tu.
Akhirnya tengok sajalah dengan menahan geram sambil berdoa anak-anak kita tidak seperti itu. Mustahil ke anak-anak kita akan terikut-ikut kalau kawan-kawan sekelilingnya ramai yang merokok. Sama-sama kita fikirkan. Cegah sebelum parah.



No comments:
Post a Comment