Bagi meningkatkan simpanan untuk hari tua, Kerajaan mencadangkan caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.
Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan bajetnya di Dewan Rakyat petang ini berkata, langkah tersebut akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Katanya, langkah meningkatkan simpanan persaraan dibuat kerana kini pesara menghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos saraan hidup setelah bersara.
"Kajian menunjukkan hampir 70 peratus menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara," katanya.
Perdana menteri juga berkata, dalam Bajet 2011, beliau mengumumkan pelepasan cukai sehingga RM6,000 untuk caruman KWSP dan insurans hayat diperluaskan bagi meliputi caruman kepada Dana Pencen Swasta, kini dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta
Ia bagi mempastikan pekerja swasta dan mereka yang bekerja sendiri mempunyai simpanan mencukupi semasa bersara.
Katanya, bagi terus menjamin kesejahteraan rakyat di usia persaraan di samping mempromosi skim persaraan swasta yang dijangka dapat merancakkan pembangunan pasaran modal, beliau mencadangkan:
Pertama: Pelepasan cukai baru sehingga RM3,000 ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun. Dengan ini, katanya, pelepasan cukai sedia ada ke atas Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans dirasionalkan;
Kedua: Potongan cukai ke atas caruman majikan bagi pekerja dalam Skim Persaraan Swasta; dan
Ketiga: Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana Skim Persaraan Swasta.
Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan bajetnya di Dewan Rakyat petang ini berkata, langkah tersebut akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Katanya, langkah meningkatkan simpanan persaraan dibuat kerana kini pesara menghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos saraan hidup setelah bersara."Kajian menunjukkan hampir 70 peratus menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara," katanya.
Perdana menteri juga berkata, dalam Bajet 2011, beliau mengumumkan pelepasan cukai sehingga RM6,000 untuk caruman KWSP dan insurans hayat diperluaskan bagi meliputi caruman kepada Dana Pencen Swasta, kini dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta
Ia bagi mempastikan pekerja swasta dan mereka yang bekerja sendiri mempunyai simpanan mencukupi semasa bersara.
Katanya, bagi terus menjamin kesejahteraan rakyat di usia persaraan di samping mempromosi skim persaraan swasta yang dijangka dapat merancakkan pembangunan pasaran modal, beliau mencadangkan:Pertama: Pelepasan cukai baru sehingga RM3,000 ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun. Dengan ini, katanya, pelepasan cukai sedia ada ke atas Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans dirasionalkan;
Kedua: Potongan cukai ke atas caruman majikan bagi pekerja dalam Skim Persaraan Swasta; dan
Ketiga: Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana Skim Persaraan Swasta.
Source: http://www.malaysiakini.com/news/178018



No comments:
Post a Comment