Apa pendapat anda. Sanggupkah anda bekerja sehingga berumur 60 tahun atau lebih? Memang ada buruk dan baiknya.Dari segi keburukan, saya setuju dengan pendapat seorang komentor dalam Malaysiakini.com, Datuk Haziq, menggariskan beberapa keburukan, seperti:
- Mengurangkan peluang kepada golongan muda untuk mendapat pekerjaan
- Menyusahkan majikan dan rakan sekerja disebabkan kesihatannya yang semakin merosot
- Tidak berpeluang mendekatkan diri kepada amalan agama bagi membuat persediaan menghadapi alam akhirat yang kekal abadi
Tapi dari segi kebaikan, ia memberi masa tambahan utk bakal pesara membuat persediaan dgn tabungan secukupnya utk bersara. Saya rasa kerajaan pandang dari sudut ini. Bukan mudah menempuh tempoh persaraan yang memakan masa 15 - 20 tahun dalam keadaan tiada pendapatan. Belanja mcm biasa. Perlu makan, pakai, bayar bil dan sebagainya. Harga barangan dan perkhidmatan makin meningkat disebabkan inflasi. Tambahan pula keadaan kesihatan makin merosot. Ia memerlukan wang banyak. Semua orang nak BERSARA DENGAN SELESA BUKAN SIKSA.
Kesimpulannya, semua orang diberi pilihan sama ada nak pencen 55 (kalau dia dah bersedia) atau meneruskan pekerjaan utk menyara hidup di samping mambuat tabungan. Syaratnya dia mestilah boleh bekerja. jgn menjadi beban kpd majikan pulak. Wallahuaklam. Ini pendapat peribadi saya.



No comments:
Post a Comment