FIKIR SECARA BIJAK. PLAN SEKARANG. SELESA KEMUDIAN

Monday, September 19, 2011

CUKUPKAH RM1 JUTA UNTUK BERSARA?

Seperti yang dijanjikan, mari kita bincang topik ini pula, CUKUPKAH RM1,000,000 UNTUK BERSARA SELESA?.
Katalah anda mempunyai simpanan persaraan sebanyak RM1,000,000. Pada kebiasaannya apakah yang akan dilakukan oleh seorang pesara apabila dia telah mendapat ganjaran persaraannya? Mungkin tak semua. Biasanya pesara tersebut akan membelanjakan SEDIKIT daripada wang tersebut kepada perkara-perkara seperti berikut:
1. Mengerjakan haji atau umrah
2. Membesarkan rumah
3. Menukar kereta baru yang lebih sesuai dan kurang penyelenggaraan
4. Menyelesaikan hutang.

Perbelanjaan tersebut mungkin mencecah 20% - 30% daripada jumlah wang persaraanya. saya tak kata perbelanjaan tersebut salah atau membazir. Tapi itu lumrahnya. Katalah setelah ditolak semua itu, wangnya masih ada RM1,000,000. Dia ingin meneruskan penghidupanya sekadar RM5,000 sebulan berbanding gaji akhirnya RM8,000 sebulan. Cuba lihat jadual di bawah.



RM5,000 nilai sekarang adalah bersamaan dengan RM 11,982 15 tahun akan datang. Ini bermakna dia memerlukan RM 143,793 setahun. Dia akan menggunakan wang tabungan persaraannya untuk menyara kehidupannya sebanyak RM11,982 sebulan. Yang selebihnya disimpan di tempat yang memberikan pulangan 8% setahun. Rupa-rupanya wang RM1,000,000 itu hanya bertahan selama 9 tahun sahaja. Selepas tu bagaimana?

No comments:

Post a Comment