FIKIR SECARA BIJAK. PLAN SEKARANG. SELESA KEMUDIAN

Friday, September 30, 2011

BAGAIMANA PENCAPAI RM1,000,000 DALAM TABUNG PERSARAAN ANDA?


Assalamualaikum.

Kita telah bincangkan peri pentingnya kita mempunyai tabungan persaraan yang mencukupi agar kita dapat bersara dengan lebih selesa. Saya mencadangkan kita memiliki tabungan persaraan sebanyak sekurang-kurang RM1,000,000 dihari pertama persaraan kita. Bagaimana mencapainya? Bunyinya seperti sesuatu yang luar biasa. Mari saya tunjukkan.

Mula-mula kita optimumkan pulangan simpanan KWSP anda. Anda boleh mendapatkan pulangan antara 10% - 15% setahun sekiranya anda menyimpan secara aktif dan dalam tempoh yang panjang ke dalam saham amanah. Ia mempercepatkan lagi pengembangan (growth) simpanan anda. Cuba lihat lambaran di atas.

Seorang yang berumur 35 tahun dan akan bersara pada usia 55 tahun, mempunyai simpanan sebanyak RM80,000 dalam akaun 1 KWSPnya. Gajinya ialah RM5,000 sebulan dengan kenaikan 6% setahun. Caruman beliau ke dalam KWSP ialah 11% dan majikanya 13%. Sekiranya beliau mengeluarkan tabungan KWSPnya 3 kali setahun dan menyimpannya ke dalam saham amanah, beliau akan mempunyai simpanan sebanyak RM1,49 juta pada umur 55 tahun, yakni diusia persaraanya.

Bagaimana dengan anda? Mari saya anggarkan tabungan persaraan anda. Dari situ anda akan tahu berapakah shortfall dan bagaimana mencapainya. Semoga bertemu dalam topik yang lain dimasa akan datang. Wassalam.

1 comment:

  1. Saya boleh tolong estimate berapa simpanan dalam akaun 1 KWSP anda tatkala anda melangkah usia 55 tahun. Mari kira. Jgn tak kira. Kita kena tahun berapa kita perlu ada untuk bersara selesa.

    ReplyDelete