FIKIR SECARA BIJAK. PLAN SEKARANG. SELESA KEMUDIAN

Saturday, September 17, 2011

BERSEDIAKAN ANDA UNTUK BERSARA?


Tuan/puan. Marilah kita fikirkan sejenak tentang kehidupan kita. Berapakah usia kita sekarang? Berapa lama lagi umur kita akan mencecah usia persaraan, iaitu 55 tahun. 5 tahun? 10 tahun? atau 20 tahun. Apakah kita bersedia menghadapi tempoh persaraan yang panjang?
Purata hayat penduduk Malaysia ialah 72 tahun bagi lelaki dan 76 tahun bagi wanita. Kita ambil purata umur kita akan mencecah 75 tahun. Kita akan menempuh jangka masa persaraan selama 20 tahun, satu tempoh yang bukan pendek. Kalau Allah lebih sayangkan kita, Dia akan jemput kita awal. Kita perlu merancang untuk senario yang terburuk (The worse scenario).
Berapa simpanan yang kita anda untuk meneruskan kehidupan di tempoh persaraan tersebut dalam keadaan kita tanpa pendapatan. Perbelanjaan dan keperluan adalah seperti biasa. Malahan ia lebih mendesak daripada hari ini disebabkan kesan inflasi. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya memerlukan wang. Lebih memburukkan keadaan ialah kesihatan kita akan semakin merosot. Ia juga memerlukan perbelanjaan yang banyak.
Dikala itu barulah kita terfikir, "Alangkah baiknya kalau aku mempunyai simpanan persaraan yang banyak dan mencukupi". Jangan tanya soalan itu kemudian hari, tanyalah sekarang. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Berapa jumlah simpanan kita patut ada dihari pertama persaraan kita, sejuta? 2 juta? 3 juta? Kita akan bincangkan dalam tajuk yang akan datang.
Perbincang ini tidak bermakna kita harus lupa persediaan ke alam yang kekal abadi, iaitu alam akhirat. Kedua-dua persediaan sangat, sangat perlu. Jumpa lagi di tajuk yang akan datang. Sekian.

No comments:

Post a Comment