
Skim ini membenarkan pencarum pencarum KWSP, untuk melabur 20%
daripada baki yang melebihi simpanan asas yang diperlukan dalam akaun
1, menerusi Maakl Mutual Bhd.
Kelebihan melabur melalui Skim Pelaburan KWSP.
1. Tidak melibatkan TUNAI - Pelaburan diurusniaga terus daripada akaun 1 KWSP.
2. Kepelbagaian - Boleh membuat pelaburan di dalam beraneka jenis dana
dana yang diluluskan oleh KWSP.
3. Pertumbuhan Nilai Modal - Berpeluang untuk menikmati pertumbuhan
modal sebagai sebahagian dari pulangan / keuntungan pelaburan, ygmana
ini mampu meningkatkan jumlah wang simpanan KWSP anda.
BAGAIMANA CARANYA?
1. Jumlah yang boleh dilaburkan adalah sebanyak 20% dari baki yang
melebihi simpanan asas yg diperlukan dalam akaun 1.
2. Pelaburan minima adalah RM1,000
3. Pengeluaran dari akaun 1 KWSP untuk dilaburkan dalam Maakl
Mutual Bhd boleh dilakukan setiap 3 bulan.
4. Caj perkhidmatan untuk setiap transaksi adalah 3%
CONTOH:-
Noor Shamsinar berusia 43tahun. Berdasarkan penyata KWSP yang terkini,
baki akaun 1 beliau berjumlah RM300,000.
Dengan merujuk kepada jadual simpanan di atas, baki simpanan asas yang
ditetapkan adalah RM55,000. Ini bermakna beliau layak untuk membuat
simpanan di dalam Unit Amanah sebanyak RM49,000. ( Minima pengeluaran
adalah RM1000 )
PENGIRAAN : Baki akaun 1 - Baki simpanan asas ( ikut usia )
( RM300,000 - RM55,000 ) X 20%
= RM49,000