Apa itu wasiat?
Wasiat ertinya IQRAR seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia meninggal dunia.
Wasiat adalah Surat Perlantikan Wasi untuk memudahkan proses tuntutan dan pentadbiran harta pusaka. Wasi yang dilantik akan mentadbir harta pusaka untuk mendapatkan surat probate, menyenaraikan harta, menggumpul harta, membayar hutang dan seterusnya mengaggihkan baki harta kepada waris-waris.
Mengapa perlu buat wasiat?
Harta yang ditinggalkan tanpa wasiat akan mengambil masa untuk diagihkan kepada waris-waris yang layak. Sering terdengar cerita-cerita tentang perebutan harta pusaka berlaku di kalangan masyarakat kita. Dengan menulis wasiat, harta-harta peninggalan simati dapat diagihkan dengan sempurna mengikut hukum syarak dan mengikut kehendak simati.
Kita boleh mewasiatkan sebahagian harta untuk sedekah jariah bagi membolehkan pahala jariah tersebut terus mengalir kepada kita walaupun telah meninggal dunia. Ia akan membantu timbangan amalan kebaikan di Padang Mahsyar nanti.

