FIKIR SECARA BIJAK. PLAN SEKARANG. SELESA KEMUDIAN

Tuesday, December 27, 2011

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
  3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
  4. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.

Wednesday, December 14, 2011

1 Pelan Pendidikan Semua Anak

Buat simpanan sekarang untuk keselesaan di masa depan. 1 pelan untuk semua kegunaan, pendidikan anak, mengerjakan haji/umran dsb. PULANGAN TINGGI di tambah dengan perlindungan takaful yang TINGGI juga. Anda disediakan tabungan kewangan untuk keperluan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal, kemalangan atau penyakit kritikal. HANYA PERLU SIMPAN SELAMA 10 TAHUN. ANDA DILINDUNGI SEHINGGA BERUMUR 70 TAHUN.

Deklarasi Harta Sepencarian

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah berkuatkuasa di dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai "Harta Sepencarian" Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dibuat.

Bukanlah satu perkara yang luarbiasa bagi sebahagian benefisiari-benefisiari yang masih hidup menuntut harta sepencarian daripada harta suami atau isterinya yang telah meninggal dunia. Oleh itu bagi menghindari sebarang perasaan tidak puas hati dan perselisihan yang mungkin timbul berhubung isu ini selepas kematian pewasiat, as-Salihinmenyediakan dokumen deklarasi harta sepencarian yang mana ia akan dapat mengurangkan kesukaran yang mungkin timbul berhubung isu ini pada masa akan datang.

Sunday, December 11, 2011

PENTING BUAT PEGURUSAN HARTA

Anak-anak berbalah atas harta yang kita tinggalkan. Alangkah baiknya kalau kita buat satu wasiat supaya sedikit harta yang kita tinggalkan disedekah/diwakafkan. Pahalanya akan mengalir berpanjangan kepada kita sehingga kiamat. Ingat anak yg berebut mcm ni boleh ingat utk jariah kat kita ke... jgn harap. Satu dalam seribu.

Ambil pengajaran daripada video ini. Buat wasiat sekarang. Istiharkan harta sepencarian dengan isteri/suami.

Hishamuddin Ghazalli
Islamic Estate Planner
As-Salihin Sdn Bhd
019-3200481

Friday, December 9, 2011

WASIAT Harta Islam

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.

Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati.Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.

Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:

" Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala "

Orang Islam yang mempunyai harta yang mahu memberi manfaat kepada yang berikut:

  • Mempunyai cucu
  • Anak Angkat
  • Kawan baik
  • Ahli keluarga bukan Islam
  • Mempunyai anak yang bukan Islam daripada perkahwinan terdahulu
  • Masjid
  • Badan Amal
  • Hospital

Jangan ragu-ragu. Hubungi kami dan kami akan membantu anda untuk menulis Wasiat anda mengikut hasrat anda dan syariah Islam.